• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Ejen Salah Mulakan Rundingan Dengan Al-Ittihad, Masa Depan Di Anfield Kembali Jadi Tanda Tanya
12 February 2026 | 11:41 AM

Ejen Salah Mulakan Rundingan Dengan Al-Ittihad, Masa Depan Di Anfield Kembali Jadi Tanda Tanya

Spekulasi mengenai masa depan Mohamed Salah bersama Liverpool kini memasuki babak baharu apabila ejennya dilaporkan telah memulakan rundingan rasmi dengan kelab gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad.

Menurut laporan terkini, bintang berusia 33 tahun itu telah memberi “lampu hijau” kepada wakilnya untuk menguruskan potensi perpindahan lumayan ke Liga Pro Saudi. Perkembangan ini sekali gus menguatkan lagi desas-desus yang sudah berlegar sejak beberapa musim lalu.

Salah sebelum ini pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Arab Saudi, malah Al-Ittihad dilaporkan mengemukakan tawaran bernilai ratusan juta pada tahun 2023. Namun, Liverpool menolak bidaan tersebut dan berjaya mengekalkan khidmat penyerang Mesir itu menerusi kontrak baharu sehingga 2027.

Bagaimanapun, situasi berubah musim ini susulan dilaporkan wujud perselisihan faham antara Salah dan pengendali baharu Liverpool, Arne Slot. Keadaan itu mencetuskan semula tanda tanya mengenai masa depannya di Anfield.

Difahamkan, Salah kini lebih terbuka untuk berhijrah ke Timur Tengah berbanding setahun lalu. Al-Ittihad pula berada dalam kedudukan kewangan yang lebih stabil selepas beberapa perubahan dalam skuad mereka, termasuk perpisahan dengan Karim Benzema dan penjualan N’Golo Kante pada Januari lalu.

Selain itu, kontrak Fabinho yang bakal tamat pada Jun serta spekulasi kepulangan Moussa Diaby ke Eropah dilihat membuka ruang di posisi sayap kanan posisi kegemaran Salah.

Dari segi prestasi, musim ini menyaksikan sedikit penurunan apabila Salah hanya mencatat enam gol setakat ini, rekod terendahnya sejak menyertai Liverpool pada 2017.

Dengan rundingan kini dilaporkan sudah bermula, tumpuan terarah kepada keputusan akhir yang bakal menentukan sama ada Salah akan terus mencipta sejarah di Anfield atau memulakan cabaran baharu di Arab Saudi.

Sumber: Sinar Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok