• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Riyadh - Al-Nassr Buka Laluan Ronaldo Berpindah Musim Panas Ini
09 February 2026 | 10:57 AM

Riyadh - Al-Nassr Buka Laluan Ronaldo Berpindah Musim Panas Ini

Riyadh - Al-Nassr tidak akan menghalang Cristiano Ronaldo sekiranya penyerang Portugal itu berhasrat meninggalkan kelab pada musim panas ini, dengan klausa pelepasan bernilai £43 juta (RM230 juta) dalam kontraknya akan berkuat kuasa sebaik musim berakhir.

Ronaldo, 41, tidak diturunkan dalam dua perlawanan terakhir Al-Nassr, dipercayai sebagai tanda protes senyap terhadap Dana Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF) yang didakwanya lebih memihak kepada kelab pesaing dalam urusan perpindahan pemain.

Spekulasi mengenai masa depan bekas bintang Manchester United dan Real Madrid itu semakin memuncak selepas beliau tidak diturunkan menentang Al-Ittihad, dengan laporan menyatakan pihak kelab kini bersedia menamatkan hubungan bersama pemain berprofil tinggi tersebut.

Sehubungan itu, Liga Pro Saudi turut bersedia mencari pengganti bertaraf bintang sekiranya Ronaldo benar-benar meninggalkan liga yang menjadikannya wajah utama sejak menyertai pada Disember 2022.

Sumber rapat dengan pihak liga memaklumkan: “Dengan beberapa nama besar meninggalkan liga, kami akan menilai beberapa pemain ternama pada musim panas ini. Mohamed Salah dan Bruno Fernandes antara pilihan paling ideal. Salah khususnya mempunyai daya tarikan besar kepada penonton Arab sebagai seorang Muslim.

“Kemasukan salah seorang daripada mereka, bersama bakat muda, mampu memberi impak besar serta mengurangkan kesan kehilangan Ronaldo.”

Walaupun Manchester United tidak berminat membawa Ronaldo kembali ke Old Trafford buat kali ketiga, terdapat kemungkinan beliau kembali menyarung jersi kelab pertamanya, Sporting Lisbon. Namun, masih menjadi tanda tanya sama ada kelab Portugal itu mampu menyediakan dana £43 juta bagi membawa Ronaldo pulang ke Eropah.

Ketiadaan Ronaldo tidak menjejaskan prestasi Al-Nassr apabila mereka mencatat kemenangan 2-0 ke atas Al-Ittihad, hasil jaringan lewat Sadio Mane dan Angelo Gabriel.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok