• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Jojo terus garang di ONE Friday Fights 141
06 February 2026 | 10:49 PM

Jojo terus garang di ONE Friday Fights 141

KUALA LUMPUR - Bintang muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar sekali lagi membuktikan statusnya sebagai prospek masa depan apabila meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam tempoh lima bulan di ONE Friday Fights 141 di Stadium Lumpinee, Bangkok, hari ini.

Beraksi dalam kategori flyweight, Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo menewaskan petarung Myanmar, Ye Yint Naung menerusi keputusan sebulat suara selepas pertarungan tiga pusingan yang menyaksikan kematangan jelas dalam corak permainannya.

Pusingan pertama menyaksikan kedua-dua petarung saling bertukar serangan tanpa kelebihan ketara. Namun, Jojo mula menguasai perlawanan pada pusingan kedua apabila tampil lebih tenang dan berdisiplin, memilih pukulan dengan lebih cermat serta memanfaatkan kesilapan lawan untuk melancarkan serangan balas tepat, termasuk kombinasi kanan-kiri yang menguji pertahanan Yint Naung.

Penguasaan petarung berusia 19 tahun itu diteruskan pada pusingan ketiga apabila dia mengawal tempo perlawanan, sabar menunggu ruang sebelum melepaskan kombinasi bertenaga yang memaksa lawannya berundur dan bergerak mengelilingi gelanggang.

Ketiga-tiga juri sebulat suara menghadiahkan kemenangan kepada Johan sebaik loceng penamat dibunyikan.

“Terima kasih kepada Tuhan atas segala-galanya. Terima kasih Bangkok, saya rasa bagus, saya nampak bagus dan prestasi saya juga semakin baik,” kata Johan selepas perlawanan.

Kemenangan ini meneruskan momentum Jojo selepas menewaskan petarung Maghribi, Zakaria El Jamari pada September lalu. Johan turut memaklumkan dia tidak akan beraksi dalam masa terdekat susulan ketibaan Ramadan, namun bersedia untuk berdepan mana-mana pencabar selepas itu.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Adam Rakib turut mencuri perhatian apabila mencatat kemenangan KO pada pusingan kedua ke atas petarung Maghribi, Walid Snoussi. Kejayaan itu menyaksikan Adam meraih kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan Toma Kuroda dari Jepun secara keputusan sebulat suara pada September lalu.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok