• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Pengawal Data Britain Siasat Bot AI Milik Elon Musk, Grok
04 February 2026 | 12:17 PM

Pengawal Data Britain Siasat Bot AI Milik Elon Musk, Grok

LONDON – Badan pengawal selia privasi di Britain telah memulakan siasatan rasmi terhadap bot sembang berasaskan kecerdasan buatan (AI), Grok, yang dimiliki oleh Elon Musk, berhubung pemprosesan data peribadi serta potensi bot itu menghasilkan imej dan kandungan video berunsur seksual yang berbahaya.

Siasatan ini dijalankan terhadap xAI, syarikat pemilik Grok, dan X Internet Unlimited Company, pengendali data yang berpangkalan di Dublin bagi platform X di Kesatuan Eropah (EU) dan Kawasan Ekonomi Eropah (EEA), menurut kenyataan Pejabat Pesuruhjaya Maklumat (ICO) pada hari Selasa.

Langkah ini susulan laporan bahawa Grok telah digunakan untuk menghasilkan imej seksual tanpa persetujuan individu, termasuk kanak-kanak.

“Laporan mengenai penghasilan dan penyebaran kandungan sedemikian menimbulkan kebimbangan serius di bawah undang-undang perlindungan data United Kingdom serta membawakan risiko kemudaratan yang ketara kepada orang awam,” kata ICO.

Secara berasingan, pengawal selia media Britain, Ofcom, menyatakan bahawa pihaknya akan meneruskan siasatan sendiri terhadap platform X. Kerajaan dan badan pengawal selia di seluruh dunia kini memperketat kawalan terhadap kandungan seksual eksplisit yang dihasilkan oleh Grok.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok