• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Sterling Tinggalkan Chelsea Secara Rasmi
30 January 2026 | 11:44 AM

Sterling Tinggalkan Chelsea Secara Rasmi

LONDON – Hubungan antara Chelsea dan Raheem Sterling akhirnya berakhir selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan kontrak secara bersama.

Sterling merupakan pembelian besar pertama Chelsea di bawah pemilikan BlueCo, menyertai kelab itu dari Manchester City pada 2022 dengan nilai £47.5 juta. Namun, masa depannya di Stamford Bridge semakin pudar selepas kehadiran Enzo Maresca pada 2024, yang menyaksikan pemain sayap itu dipinjamkan ke Arsenal musim lalu.

Tempoh pinjaman tersebut gagal menghidupkan semula reputasinya apabila Sterling hanya menjaringkan satu gol dalam 28 penampilan bersama skuad Mikel Arteta, menyebabkan Arsenal tidak meneruskan perpindahan secara tetap.

Walaupun masih berbaki 18 bulan dalam kontraknya dengan gaji sekitar £325,000 seminggu, rundingan antara kedua-dua pihak membawa kepada penamatan kontrak lebih awal.

“Kelab mengucapkan terima kasih kepada Raheem atas sumbangannya sepanjang bersama Chelsea dan mendoakan kejayaan pada peringkat seterusnya dalam kariernya,” menurut kenyataan rasmi kelab.

Fulham dan West Ham United dilaporkan berminat mendapatkan khidmat Sterling, namun pemain itu juga sedang mempertimbangkan peluang untuk beraksi di luar England.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok