• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Mohamed Salah Akhiri Kemarau Gol, Liverpool Lumat Qarabag 6-0 dan Lolos ke 16 Besar Liga Juara-Juara
29 January 2026 | 10:46 AM

Mohamed Salah Akhiri Kemarau Gol, Liverpool Lumat Qarabag 6-0 dan Lolos ke 16 Besar Liga Juara-Juara

LIVERPOOL – Mohamed Salah akhirnya menamatkan kemarau golnya bersama Liverpool selepas mencetak jaringan ketika The Reds membelasah Qarabag 6-0 awal pagi tadi. Kemenangan itu bukan sahaja mengesahkan tempat Liverpool ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara, tetapi juga melegakan tekanan terhadap pengurus Arne Slot.

Liverpool mendominasi sepanjang perlawanan di Anfield, dengan Alexis Mac Allister dan Florian Wirtz masing-masing menjaringkan gol pada separuh masa pertama untuk meletakkan tuan rumah selesa di hadapan.

Salah menambah derita Qarabag sejurus babak kedua bermula dengan gol ketiga dalam penampilan ke-80 beliau di Liga Juara-Juara bersama Liverpool, menyamai rekod kelab. Gol itu juga menamatkan tempoh lapan perlawanan tanpa jaringan buat penyerang Mesir berusia 33 tahun itu, yang terakhir kali menjaringkan gol pada 1 November lalu.

Sepanjang kemarau itu, Salah kadangkala digugurkan daripada kesebelasan utama, yang mencetuskan kontroversi tentang hubungan dinginnya dengan Slot. Namun kedua-duanya berdamai sebelum Salah berlepas menyertai Piala Negara-Negara Afrika bulan lalu, dan Slot berharap gol ini dapat mencetuskan kebangkitan prestasi bintang utamanya itu.

Hugo Ekitike menambah gol keempat sebelum Mac Allister dan Federico Chiesa menutup kemenangan besar Liverpool, yang merupakan kemenangan terbesar kelab dalam semua pertandingan sejak 2023. Kemenangan ini juga mengesahkan kelolosan automatik Liverpool ke pusingan 16 terakhir, sekaligus memberikan kelebihan untuk aksi kedua pusingan kalah mati di laman sendiri.

Walaupun tewas di Merseyside, Qarabag tetap berpeluang ke pusingan play-off selepas menamatkan saingan di tangga ketiga kumpulan.

Kemenangan besar ini amat penting buat Slot, yang menghadapi pelbagai kritikan terhadap prestasi pasukannya dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok