• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

India Laporkan Dua Kes Baharu Virus Nipah
29 January 2026 | 10:29 AM

India Laporkan Dua Kes Baharu Virus Nipah

NEW DELHI, 28 Jan (Bernama-dpa) - India melaporkan dua jangkitan baharu virus Nipah yang berbahaya, menurut Agensi Berita Jerman (dpa).

Kementerian Kesihatan India dalam kenyataan pada Selasa malam memaklumkan bahawa berdasarkan laporan Pusat Kawalan Penyakit Kebangsaan (NCDC), hanya dua kes sah penyakit virus Nipah dilaporkan di negeri Bengal Barat sejak Disember tahun lalu hingga kini.

Menurut kementerian itu, laporan yang mendakwa wujud kes jangkitan tambahan adalah tidak benar.

Sebagai tindak balas terhadap dua kes tersebut, langkah pengawasan, ujian makmal dan siasatan di lapangan telah dipertingkatkan.

Negara-negara Asia lain turut mengambil langkah berjaga-jaga susulan wabak setempat itu.

Di Thailand, pelancong dari Kolkata, ibu negeri Bengal Barat telah diperiksa di tiga lapangan terbang utama sejak hujung minggu lalu, kata Menteri Kesihatan, Pattana Promphat.

Pemeriksaan suhu badan dijalankan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi dan Don Mueang di Bangkok, serta di Phuket.

Sehingga Selasa, seramai 1,700 penumpang telah diperiksa dan kesemuanya disahkan negatif. “Tiada sebab untuk panik,” tegas beliau.

Menurutnya, virus ini jauh lebih sukar merebak antara manusia berbanding koronavirus.

Institut Bernhard Nocht bagi Perubatan Tropika (BNITM) di Hamburg memaklumkan bahawa jangkitan virus Nipah merupakan penyakit virus yang jarang berlaku tetapi serius, dan boleh menjangkiti manusia serta haiwan.

Virus ini secara semula jadi terdapat pada kelawar buah, namun boleh menular kepada haiwan lain dan manusia. “Dalam kalangan manusia, kadar kematian boleh mencecah sehingga 92 peratus,” menurut BNITM.

Penularan dari manusia ke manusia boleh berlaku melalui hubungan rapat, termasuk titisan udara semasa batuk atau bersin.

Sumber: BERNAMA-DPA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok