KUALA LUMPUR – Personaliti media sosial dan pemilik restoran Rembayung, Khairul Aming, mencetuskan kebimbangan ramai selepas memuat naik foto dirinya sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan.
Menerusi Threads, Khairul menjelaskan beliau mengalami dehidrasi selepas seharian melayani pelanggan di restorannya, termasuk mengambil gambar bersama kira-kira 7,000 pengunjung.
“Selepas ambil gambar dengan 7,000 pelanggan, doktor nasihatkan saya minum air banyak-banyak. Dehidrasi,” tulisnya.
Beliau bagaimanapun memaklumkan keadaannya stabil dan hanya perlu berehat secukupnya serta meningkatkan pengambilan air.
“Secara keseluruhannya saya okey. Cuma perlu rehat yang cukup. Jangan lupa minum air,” katanya.
Di ruangan komen, peminat meluahkan kebimbangan dan menasihatkan usahawan itu agar mengutamakan kesihatan serta tidak terlalu memaksa diri.
Restoran Rembayung yang mula beroperasi pada 4 Januari di Kampung Baru mencetuskan fenomena apabila menerima sekitar 3,000 tempahan sebaik sesi pertama dibuka.
Sumber: Berita Harian
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back