• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Noh Salleh Jalani Pembedahan Tulang Belakang, Syukur Prosedur Berjalan Lancar
21 January 2026 | 12:19 PM

Noh Salleh Jalani Pembedahan Tulang Belakang, Syukur Prosedur Berjalan Lancar

KUALA LUMPUR - Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, memanjatkan rasa syukur selepas pembedahan tulang belakang yang dijalaninya di Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKMSC) semalam berjalan lancar, meskipun berdepan risiko besar terhadap pita suaranya.

Menerusi perkongsian di Instagram hari ini, Noh berkata pembedahan itu dilakukan bagi merawat masalah tulang belakang di bahagian tengkuk, C6 dan C7, yang menyebabkan saraf terhimpit, kebas tangan serta sakit belakang kronik hingga menjejaskan pergerakannya.

“Alhamdulillah, proses pembedahan berjalan lancar dan dikendalikan oleh Prof Datuk Dr Mohd Hisam Muhamad Ariffin. Cuma yang mencabar, lokasi pembedahan sangat dekat dengan pita suara saya, jadi risikonya agak besar,” katanya.

Bagaimanapun, Noh meluahkan rasa syukur kerana segalanya dipermudahkan dan memohon doa orang ramai agar proses penyembuhannya berjalan lancar dan kembali pulih seperti sediakala.

Dalam masa sama, beliau mengakui berasa bimbang kerana masih mempunyai komitmen persembahan yang perlu dipenuhi, termasuk satu persembahan hujung minggu ini.

Noh turut merakamkan penghargaan kepada ahli keluarga, rakan-rakan serta pasukan perubatannya atas sokongan moral sepanjang tempoh rawatan. Beliau juga menjelaskan bahawa pada awalnya tidak bercadang untuk berkongsi perkara tersebut kepada umum, namun berbuat demikian selepas rakan sepasukannya memuat naik gambar lawatan ke hospital.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok