• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Manchester United Berdepan Halangan Kejar Barcola, Rashford Jadi Punca
19 January 2026 | 11:40 AM

Manchester United Berdepan Halangan Kejar Barcola, Rashford Jadi Punca

LONDON – Hasrat Manchester United untuk mendapatkan salah seorang pemain sayap terbaik Eropah ketika ini semakin samar, susulan situasi melibatkan penyerang mereka, Marcus Rashford.

Rashford kini dipinjamkan ke Barcelona, dengan kelab gergasi Sepanyol itu memiliki opsyen untuk mendapatkan khidmatnya secara tetap pada musim panas nanti dengan nilai £26 juta (RM140.99 juta). Namun, laporan menyebut Barcelona hanya bersedia menawarkan sekitar £17 juta (RM92.19 juta), angka yang dijangka sukar diterima pihak United.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila Rashford dikatakan bertegas hanya mahu kekal di Camp Nou dan enggan mempertimbangkan tawaran daripada kelab lain. United sebelum ini merancang menggunakan Rashford sebagai pertukaran untuk mendapatkan pemain Paris Saint-Germain (PSG), Bradley Barcola.

PSG pula dilapor berminat dengan Rashford dan terbuka untuk perjanjian pertukaran, namun pendirian pemain berusia 28 tahun itu yang hanya mahu ke Barcelona menyukarkan rundingan.

Selain PSG, Atletico Madrid turut dikaitkan dengan minat terhadap Rashford, namun sekali lagi pemain itu kekal dengan keputusannya memilih Barcelona sebagai destinasi tetap.

Situasi ini meletakkan United dalam tekanan, terutama apabila beberapa kelab besar Eropah seperti Bayern Munich, Manchester City dan Chelsea dilaporkan sedang memantau rapat perkembangan Barcola. Jika gagal bertindak pantas, United berisiko terlepas peluang mendapatkan pemain sayap berbakat itu.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok