• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Carrick Dilantik Pengurus Sementara United Hingga Akhir Musim
14 January 2026 | 12:13 PM

Carrick Dilantik Pengurus Sementara United Hingga Akhir Musim

MANCHESTER: Manchester United mengesahkan Michael Carrick sebagai pengurus sementara hingga tamat musim, dengan misi utama membawa Red Devils kembali ke Liga Juara-Juara.

Carrick, 44, menyifatkan pelantikan itu sebagai satu penghormatan besar. Bekas pemain tengah United itu memenangi 12 trofi utama sepanjang 12 tahun kariernya di Old Trafford dan pernah mencatat rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan ketika memangku tugas pengurus sementara pada 2021.

Selepas itu, Carrick menggalas peranan pengurus tetap pertamanya bersama Middlesbrough pada Oktober 2022, namun dipecat pada Jun tahun lalu selepas kelab divisyen kedua itu menamatkan saingan Liga Kejuaraan di tempat ke-10.

Tugasan awal Carrick bersama United dijangka mencabar apabila pasukannya bakal berdepan seteru setempat, Manchester City, dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad ini.

Ketika ini, United berada di kedudukan ketujuh liga dan masih berpeluang untuk layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh tiga musim. Mereka ketinggalan tiga mata di belakang Liverpool di tempat keempat dan hanya satu mata di belakang Brentford yang menghuni tangga kelima. Penamat empat teratas menjamin tiket automatik ke Liga Juara-Juara, manakala kedudukan lima teratas dijangka turut mencukupi susulan prestasi kukuh kelab England di Eropah.

“Saya tahu apa yang diperlukan untuk berjaya di sini. Fokus saya adalah membantu pemain mencapai standard yang kami jangkakan di kelab hebat ini,” kata Carrick. “Masih banyak yang perlu diperjuangkan musim ini dan kami bersedia untuk bersatu serta memberikan persembahan terbaik buat penyokong.”

United memecat Ruben Amorim minggu lalu selepas tempoh 14 bulan yang mengecewakan. Harapan kebangkitan segera tidak kesampaian apabila pengurus sementara Darren Fletcher menyaksikan pasukan seri 2-2 menentang Burnley dalam EPL sebelum tersingkir daripada Piala FA selepas tewas 1-2 kepada Brighton.

Tersingkir awal daripada kedua-dua kejohanan piala domestik serta ketiadaan aksi Eropah menyaksikan United dijangka hanya mengharungi 40 perlawanan musim ini jumlah paling rendah sejak musim 1914-15.

Pengalaman luas Carrick sebagai pemain dan jurulatih di Old Trafford dipercayai menjadi faktor utama keyakinan pihak pengurusan kelab terhadapnya.

“Michael adalah jurulatih yang cemerlang dan benar-benar memahami apa yang diperlukan untuk menang di Manchester United,” kata pengarah bola sepak kelab, Jason Wilcox.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok