• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

AirBorneo Ditubuhkan Demi Keterhubungan Rakyat Sarawak, Harga Tiket Kekal Stabil
14 January 2026 | 11:54 AM

AirBorneo Ditubuhkan Demi Keterhubungan Rakyat Sarawak, Harga Tiket Kekal Stabil

KUCHING, 14 Jan - Penubuhan AirBorneo sebagai syarikat penerbangan milik penuh Kerajaan Sarawak mempunyai pendekatan yang berbeza berbanding syarikat penerbangan lain di Malaysia, dengan fokus utama kepada kebajikan dan keterhubungan rakyat.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, AirBorneo ditubuhkan bagi memastikan rakyat Sarawak dapat melakukan perjalanan tanpa terjejas oleh kenaikan harga tiket mengikut musim atau perayaan.

Menurut beliau, amalan menaikkan harga tiket secara mendadak ketika musim perayaan seperti Tahun Baharu Cina dan Hari Raya yang lazim dilakukan oleh syarikat penerbangan lain tidak akan dilaksanakan oleh AirBorneo.

“AirBorneo diwujudkan sebagai penghubung rakyat Sarawak ke kawasan lain, sama seperti jambatan-jambatan yang telah kita bina. Kita tidak akan menaikkan harga tiket secara berlebihan kerana matlamatnya adalah untuk rakyat,” katanya ketika berucap pada Sesi Townhall sempena sembilan tahun kepimpinannya di Sarawak.

Beliau mengakui langkah tersebut mungkin memberi kesan kepada industri penerbangan negara, namun menegaskan keutamaan kerajaan negeri adalah untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Sarawak.

Mengulas perdebatan dalam talian mengenai harga tiket AirBorneo, Abang Johari menjelaskan bahawa caj yang dikenakan adalah berdasarkan kos operasi dan bahan api semata-mata.

Sebagai contoh, katanya, kos penerbangan akan dibahagikan secara sama rata mengikut kapasiti pesawat. “Jika pesawat boleh membawa 90 penumpang, kos akan dibahagikan kepada 90 orang. Asalkan kos operasi dapat ditampung, itu sudah mencukupi,” jelas beliau.

Tambahnya, objektif utama penubuhan AirBorneo adalah untuk menstabilkan harga pasaran penerbangan, khususnya laluan ke Kuala Lumpur yang menjadi pusat bagi perkhidmatan penting seperti rawatan kesihatan dan urusan utama lain.

Sumber: TVS

Foto Faitullah Morni (TVS)

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok