• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Jumlah Mangsa Banjir Di Sarawak Menurun, 10 Pusat Pemindahan Sementara Masih Aktif
13 January 2026 | 12:48 PM

Jumlah Mangsa Banjir Di Sarawak Menurun, 10 Pusat Pemindahan Sementara Masih Aktif

KUCHING, 13 Jan (Bernama) - Jumlah mangsa banjir di Sarawak mencatatkan penurunan sedikit setakat 8 pagi ini, dengan 1,773 mangsa daripada 560 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 1,822 mangsa daripada 587 keluarga petang semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan sebanyak 10 PPS masih aktif setakat ini, melibatkan kawasan Serian, Sibu, Bintulu dan Sebauh.

“Antara PPS menempatkan mangsa paling ramai ialah PPS Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh di Serian dengan 448 mangsa daripada 131 keluarga; Dewan Masyarakat Serian (325 mangsa daripada 94 keluarga) dan PPS Dewan Suarah Bintulu (306 mangsa daripada 114 keluarga).

“Selain itu, PPS Dewan Sri Kemena Sekolah Menengah Kebangsaan Sebauh menempatkan 164 mangsa daripada 53 keluarga,” menurut makluman itu.

Bencana banjir di Sarawak kali ini bermula pada 31 Dis tahun lepas, apabila beberapa kawasan di sekitar bandar raya Kuching dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok