• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Serangan Israel di Gaza Ragut 13 Nyawa, Termasuk Lima Kanak-Kanak
09 January 2026 | 12:17 PM

Serangan Israel di Gaza Ragut 13 Nyawa, Termasuk Lima Kanak-Kanak

BANDAR GAZA – Sekurang-kurangnya 13 orang, termasuk lima kanak-kanak, terbunuh dalam beberapa siri serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak pagi tadi, menurut Agensi Pertahanan Awam Gaza.

Jurucakap agensi berkenaan, Mahmud Bassal, berkata empat mangsa, termasuk tiga kanak-kanak, maut selepas sebuah dron menyerang khemah yang menempatkan penduduk pelarian di selatan Gaza.

Di utara Semenanjung Gaza, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dilaporkan terbunuh berhampiran kem pelarian Jabalia. Sementara itu, satu lagi serangan yang menyasarkan sebuah sekolah mengorbankan seorang individu.

Di selatan Gaza pula, serangan dron berhampiran Khan Younis mengakibatkan kematian seorang lelaki, manakala dua lagi penduduk, termasuk seorang kanak-kanak, terbunuh dalam serangan berasingan.

Apabila diminta mengulas, pihak tentera Israel memaklumkan bahawa mereka sedang meneliti laporan berkaitan insiden tersebut.

Sehari sebelumnya, empat individu terbunuh dalam satu serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah rumah di bahagian timur Bandar Gaza. Bassal berkata operasi menyelamat sedang dijalankan bagi mencari beberapa individu yang masih dilaporkan hilang.

“Jumlah korban kini meningkat kepada 13 orang akibat serangan Israel sejak pagi tadi, yang jelas melanggar perjanjian gencatan senjata,” katanya.

Tentera Israel sebelum ini memaklumkan bahawa satu peluru berpandu dilancarkan dari kawasan Bandar Gaza ke arah Israel, namun jatuh di dalam wilayah Gaza sendiri. Susulan itu, tentera Israel melancarkan serangan balas yang disifatkan sebagai serangan tepat ke atas lokasi pelancaran.

Gencatan senjata yang ditaja Amerika Syarikat dan berkuat kuasa sejak 10 Oktober tahun lalu berjaya mengurangkan sebahagian besar pertempuran antara tentera Israel dan Hamas. Namun begitu, kedua-dua pihak saling menuduh berlakunya pelanggaran perjanjian tersebut.

Jurucakap Hamas, Hazem Qassem, berkata serangan terbaru di Gaza membuktikan kegagalan Israel mematuhi komitmen gencatan senjata.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 425 rakyat Palestin terbunuh sejak gencatan senjata mula dilaksanakan. Serangan pada 22 November lalu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 21 orang disifatkan sebagai antara hari paling berdarah sejak perjanjian itu berkuat kuasa.

Dalam tempoh sama, tentera Israel memaklumkan bahawa tiga anggotanya turut terbunuh.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok