KUALA LUMPUR, 9 Jan 2026 - Luruan monsun yang sedang melanda negara dijangka berterusan sehingga 11 Januari ini, sekali gus berpotensi menyebabkan hujan berterusan di Sarawak, barat Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan, analisis terhadap beberapa model ramalan cuaca turut menunjukkan risiko angin kencang serta laut bergelora di kawasan Laut China Selatan sepanjang tempoh berkenaan.
Sehubungan itu, Amaran Hujan Berterusan tahap Buruk bagi Sarawak telah dikemas kini dan berkuat kuasa sehingga 10 Januari 2026. Dalam masa sama, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora di Laut China Selatan turut dikemas kini dan dijangka berlarutan sehingga 13 Januari 2026.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MET Malaysia di www.met.gov.my, saluran media sosial rasmi jabatan berkenaan, atau dengan memuat turun aplikasi myCuaca.
Makluman itu dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia pada jam 8.00 pagi, 9 Januari 2026.
Sumber: MetMalaysia
File image AI ChatGPT
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back