• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Solskjaer Sedia Kembali, Manchester United Timbang Pengurus Sementara Baharu
07 January 2026 | 12:19 PM

Solskjaer Sedia Kembali, Manchester United Timbang Pengurus Sementara Baharu

Teka-teki mengenai siapa yang bakal mengisi kekosongan jawatan pengurus Manchester United semakin hangat diperkatakan susulan pemecatan Ruben Amorim, dengan Ole Gunnar Solskjaer muncul sebagai antara calon utama untuk kembali ke Old Trafford.

Wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano, melaporkan bahawa legenda kelab itu terbuka untuk kembali memikul peranan sebagai pengurus sementara, tanpa mengambil kira tempoh kontrak yang ditawarkan.

“Ole Gunnar Solskjaer telah menyatakan kesediaannya untuk menerima tugas sebagai pengurus sementara Manchester United, tidak kira berapa lama tempoh kontrak tersebut. Ketika ini, pihak United sedang menilai beberapa calon. Darren Fletcher akan mengendalikan pasukan sebagai pengurus interim minggu ini,” kata Romano menerusi platform X.

Terdahulu, pengurusan tertinggi The Red Devils mengambil keputusan memecat Amorim selepas beliau mengeluarkan kenyataan terbuka susulan keputusan seri 1-1 menentang Leeds United pada Ahad, yang dianggap melampaui batas oleh pihak kelab.

Berikutan pemecatan tersebut, bekas pemain tengah United yang juga ketua jurulatih skuad bawah-18 tahun, Darren Fletcher, telah dilantik sebagai pengendali interim sementara kelab menilai calon pengurus seterusnya.

Untuk rekod, Solskjaer pernah dilantik sebagai pengurus sementara Manchester United pada Disember 2018 sebelum diberikan kontrak tetap selama tiga tahun hasil prestasi memberangsangkan.

Sepanjang tempoh kendaliannya, bekas penyerang dari Norway itu berjaya membawa United menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di kedudukan keenam, ketiga dan kedua, sebelum berpisah dengan kelab pada tahun 2021.

Sumber: Sinar Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok