• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Zii Jia hanya sedia sertai Piala Thomas jika prestasi capai 70–80 peratus
07 January 2026 | 12:08 PM

Zii Jia hanya sedia sertai Piala Thomas jika prestasi capai 70–80 peratus

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia menegaskan hanya akan menyertai skuad kebangsaan bagi menghadapi Piala Thomas di Horsens, Denmark pada April ini sekiranya tahap permainannya kembali sekurang-kurangnya 70 hingga 80 peratus.

Zii Jia berkata, walaupun sentiasa bersedia jika diperlukan, dia mahu turun dengan keyakinan penuh dan berada pada tahap terbaik sebelum menyarung jersi negara.

“Untuk saya, saya sentiasa bersedia jika diperlukan, tetapi jangkaan saya mungkin sedikit berbeza. Saya perlu kembali sekurang-kurangnya 70 hingga 80 peratus barulah benar-benar yakin untuk mewakili pasukan dalam Piala Thomas,” katanya.

Pemain berusia 26 tahun itu turut menolak tanggapan kehadirannya sebagai pemain perseorangan ketiga akan memberi kelebihan besar kepada pasukan negara, sebaliknya enggan beraksi sekadar melengkapkan skuad.

“Sejujurnya, jika diletakkan sebagai perseorangan ketiga, saya sendiri tidak melihatnya sebagai satu kelebihan. Saya tidak mahu bermain dalam keadaan seperti sekarang dan turun sekadar bermain,” katanya.

Ketika ini, Zii Jia berada di ranking ke-144 dunia, di belakang Leong Jun Hao (28) dan Justin Hoh (37), susulan kejatuhan ranking akibat berehat panjang kerana kecederaan buku lali dan belakang musim lalu. Bagaimanapun, bekas juara Seluruh England itu masih memiliki perlindungan ranking di kedudukan kelapan dunia, yang membolehkannya menyertai kejohanan utama Jelajah Dunia.

Semalam, Zii Jia yang membuat kemunculan pertamanya selepas tempoh pemulihan panjang tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka Malaysia apabila tewas kepada pemain India, Ayush Shetty 12-21, 17-21 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Mengulas prestasinya, Zii Jia mengakui tahap permainannya masih belum mencapai tahap sebenar, dengan anggaran sekitar 50 hingga 60 peratus.

“Saya sudah cuba yang terbaik termasuk menukar taktikal pada set kedua, tetapi dari segi fizikal masih belum cukup cergas,” katanya.

Menurutnya, empat kejohanan awal musim ini termasuk Terbuka India minggu depan, Masters Indonesia dan Masters Thailand amat penting untuk membantunya mendapatkan semula momentum serta memperbaiki kedudukan ranking dunia.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok