PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada kira-kira jam 9.30 pagi hari ini selepas terjatuh di kediamannya.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Mohd. Radzi Jidin menerusi satu hantaran di media sosial. Beliau turut mengajak orang ramai untuk mendoakan kesihatan Tun Dr. Mahathir.
“Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke IJN sekitar jam 9.30 pagi tadi selepas terjatuh di kediaman. Sama-sama kita doakan kesihatan beliau,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Akhbar Tun Dr. Mahathir, Suffi Yusoff, mengesahkan perkara berkenaan kepada media dan memaklumkan bahawa bekas Perdana Menteri itu kini berada di bawah pemantauan pihak perubatan.
“Ya, beliau dimasukkan ke IJN akibat terjatuh dan kini masih dalam proses pemantauan secara keseluruhan,” katanya.
Sumber: Kosmo Online!
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back