• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Tang Jie–Ee Wei Kekal Waspada Walau Rekod Sempurna Menentang Pasangan Indonesia
06 January 2026 | 11:36 AM

Tang Jie–Ee Wei Kekal Waspada Walau Rekod Sempurna Menentang Pasangan Indonesia

Pasangan beregu campuran No. 1 negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei, enggan memandang mudah cabaran pasangan Indonesia, Jafar Hidayatullah–Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu, menjelang aksi pusingan pembukaan Terbuka Malaysia 2026 di Axiata Arena, hari ini.

Meskipun memiliki rekod pertemuan sempurna 6-0 ke atas gandingan Indonesia itu, pasangan ranking keempat dunia berkenaan menegaskan setiap perlawanan, khususnya dalam kejohanan berstatus Super 1000, memerlukan tahap fokus dan komitmen tertinggi.

Tang Jie berkata, perlawanan menentang pasangan Indonesia itu sentiasa mencabar dan mereka tidak boleh bergantung kepada rekod semata-mata.

“Apa yang kami boleh buat adalah bersedia seperti biasa, berikan segalanya dan cuba untuk menang. Selebihnya bergantung kepada prestasi pada hari perlawanan,” katanya.

Sementara itu, Ee Wei menyifatkan persiapan mereka menjelang kejohanan pembuka tirai musim di laman sendiri berada pada tahap positif, ditambah dengan sokongan padu peminat tempatan.

“Semua persiapan setakat ini berjalan dengan baik. Kami harap dapat berikan persembahan terbaik untuk peminat Malaysia,” katanya.

Mengulas status mereka sebagai juara dunia, Ee Wei menegaskan gelaran itu tidak memberi tekanan tambahan kepada mereka. Sebaliknya, fokus utama adalah menikmati permainan dan terus memberikan aksi terbaik di gelanggang.

Pada edisi Terbuka Malaysia tahun lalu, Tang Jie–Ee Wei mara hingga ke separuh akhir sebelum tewas kepada pasangan China, Feng Yan Zhe–Huang Dong Ping.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok