• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Zii Jia Pertimbang Tarik Diri Terbuka Malaysia Jika Jalani Pembedahan Belakang
05 January 2026 | 04:24 PM

Zii Jia Pertimbang Tarik Diri Terbuka Malaysia Jika Jalani Pembedahan Belakang

Jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, mendedahkan beliau mungkin tidak akan beraksi di Terbuka Malaysia minggu ini sekiranya memilih untuk menjalani prosedur pembedahan bagi merawat kecederaan belakang yang dialaminya sejak tahun lalu.

Pemain yang kini berada di ranking ke-144 dunia itu berkata, walaupun terdapat doktor pakar mencadangkan pembedahan, pilihan tersebut bukan keutamaannya kerana bimbang tempoh pemulihan yang panjang serta risiko kesan sampingan terhadap prestasi.

Menurut Zii Jia, pembedahan boleh menjejaskan perancangannya untuk kembali ke gelanggang dalam masa terdekat, selain tiada jaminan kesannya terhadap tahap permainan. Justeru, beliau memilih mendapatkan pandangan lain dan melalui proses rehabilitasi sepenuhnya sepanjang tahun lalu bagi memastikan pemulihan yang lebih selamat.

“Suka atau tidak, saya perlu lalui proses rehabilitasi ini untuk kembali pulih. Jika sampai ke tahap pembedahan, mungkin ambil masa terlalu lama dan saya sendiri tidak tahu kesannya terhadap prestasi,” katanya ketika ditemui pada sesi uji gelanggang di Axiata Arena, semalam.

Pada musim 2025, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu hanya sempat beraksi dalam lima kejohanan akibat kecederaan yang berterusan, sekali gus menjejaskan momentumnya.

Mengulas lanjut, Zii Jia menjelaskan kehadirannya di Terbuka Malaysia adalah satu keperluan mendesak memandangkan rankingnya berisiko terus merosot ke angka tiga digit. Situasi menjadi lebih mencabar apabila status perlindungan rankingnya akan tamat pada Februari ini, memaksanya beraksi dalam empat kejohanan berturut-turut sepanjang Januari bagi mengumpul mata.

“Ranking saya sudah jatuh, jadi saya kena keluar bertanding. Jika tidak, mungkin saya terpaksa bermain di kejohanan tahap lebih rendah,” jelasnya.

Zii Jia turut menyifatkan siri kejohanan pada Januari sebagai satu ujian kecergasan untuk menilai kesediaannya kembali bersaing di peringkat tertinggi. Sasaran utamanya tahun ini adalah untuk kembali berada dalam kelompok 15 hingga 20 pemain terbaik dunia, sebagai persiapan awal menjelang kelayakan Sukan Olimpik yang dijangka bermula tahun depan.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok