• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

United buntu, Amorim akui kekurangan kualiti selepas diikat Wolves
31 December 2025 | 11:21 AM

United buntu, Amorim akui kekurangan kualiti selepas diikat Wolves

MANCHESTER: Pengendali Manchester United, Ruben Amorim, mengakui pasukannya gagal mempamerkan kualiti mencukupi untuk memecah benteng Wolves selepas diikat 1-1 di Old Trafford, keputusan yang sekali lagi menjejaskan peluang kelab itu untuk memburu slot Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Dalam perlawanan itu, Wolves meraih mata ketiga mereka musim ini dan menamatkan rentetan 12 kekalahan berturut-turut apabila tandukan Ladislav Krejci menyamakan kedudukan, selepas Joshua Zirkzee terlebih dahulu meletakkan United di hadapan.

United beraksi tanpa beberapa tonggak utama termasuk kapten pasukan Bruno Fernandes, Mason Mount dan Kobbie Mainoo yang masih dibelenggu kecederaan. Dua lagi pemain penting, Bryan Mbeumo dan Amad Diallo, pula tidak bersama pasukan kerana menyertai tugasan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

Amorim mengakui ketumpulan jentera serangan dan kelemahan ketika bertahan dalam situasi bola mati menjadi punca kegagalan pasukannya meraih tiga mata penuh.

“Kami kurang lancar, kurang kualiti dan kurang mencipta peluang, sebelum akhirnya dibolosi menerusi bola mati. Perincian seperti ini sangat penting untuk memenangi perlawanan, terutama dalam detik sukar,” katanya.

Keputusan seri itu menyaksikan United kekal di tangga keenam liga, dua mata di belakang kelompok empat teratas. Bagaimanapun, laluan ke pentas elit Eropah musim depan masih terbuka sekiranya mereka mampu memanfaatkan baki perlawanan di gelanggang sendiri.

Amorim tetap optimis pasukannya mampu bangkit dan menamatkan musim dengan lebih meyakinkan sebaik pemain utama kembali cergas dan tersedia.

“Saya fikir kami berada dalam situasi di mana terlalu ramai pemain tidak dapat diturunkan pada masa sama. Apabila anda menurunkan Casemiro dan Manuel Ugarte di tengah, ia memang berbeza berbanding memiliki Kobbie Mainoo, Mason Mount atau Bruno.

“Itu perkara biasa. Kami hanya perlu memulihkan pemain yang cedera dan menunggu pemain AFCON kembali. Saya sangat yakin apabila semua pemain kembali, kami akan menjadi pasukan yang kuat,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok