• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Beberapa Kawasan Di Kuching Dilanda Banjir
31 December 2025 | 11:09 AM

Beberapa Kawasan Di Kuching Dilanda Banjir

KUCHING, 31 Dis (Bernama) - Beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini dilanda banjir pagi ini susulan hujan lebat berterusan sejak tengah malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan menerima panggilan mengenai situasi banjir melibatkan kawasan Taman Desa Wira dan Kampung Sinar Budi Baru pada 5 pagi tadi.

“Pemanggil memaklumkan kawasan rumah mereka telah dinaiki air dan memerlukan bantuan untuk memindahkan mereka ke tempat selamat,” menurut kenyataan itu.

Difahamkan dua pusat pemindahan sementara akan dibuka bagi menempatkan kesemua mangsa banjir terlibat, namun maklumat terperinci sedang dikemas kini.

Semalam, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sarawak bermula hari ini hingga esok.

MetMalaysia memaklumkan antara kawasan dijangka terkesan ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok