KUCHING - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan melibatkan beberapa kawasan di Sarawak yang dijangka berlanjutan sehingga Khamis, 1 Januari 2026.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada 6.30 pagi, 31 Disember 2025, amaran Seksyen A (Buruk) melibatkan kawasan Kuching, Lundu dan Samarahan, yang dijangka mengalami hujan lebat berterusan sepanjang tempoh tersebut.
Sementara itu, Seksyen B (Waspada) dikeluarkan bagi kawasan Serian (Tebedu), Sri Aman dan Betong, dengan hujan berterusan turut diramalkan berlaku sehingga tarikh yang sama.
Orang ramai, khususnya penduduk di kawasan terjejas, dinasihatkan agar berwaspada terhadap kemungkinan banjir kilat, tanah runtuh serta gangguan perjalanan, dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Maklumat cuaca terkini boleh diperoleh melalui laman web rasmi MetMalaysia atau saluran media sosial agensi berkenaan.
Sumber: MetMalaysia
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back