• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

‘Raja buah’ dijual RM1 sebiji di Sarawak
30 December 2025 | 09:05 PM

‘Raja buah’ dijual RM1 sebiji di Sarawak

KUCHING, 30 Dis (Bernama) - Aroma durian daripada deretan lori sarat dengan buah kuning kehijauan, menandakan tibanya musim dinanti-nantikan peminat “raja buah” di Sarawak, apatah lagi dengan bekalan durian tempatan yang banyak di pasaran pada masa ini.

Berikutan itu, situasi longgokan durian kampung khususnya dari kawasan selatan Sarawak telah mencetuskan idea untuk peniaga Akmal Hakim Saidan, 29, dan adik-beradiknya menawarkan harga runtuh serendah RM1 sebiji, bagi menarik lebih ramai pelanggan ke kedai mereka.

Beliau yang merupakan penjual buah-buahan dan ikan segar berkata musim durian di Bumi Kenyalang biasanya bermula dari Ogos hingga Februari, dengan bekalan diperoleh dari Sematan, Serian dan Sarikei.

“Waktu kemuncaknya bermula sekarang sehingga Februari, jadi buat masa ini kita terima kira-kira enam hingga 10 lori durian sehari, dengan anggaran keseluruhan 12,000 biji durian kampung kita peroleh setiap hari.

“Setiap durian digredkan sebaik tiba di kedai, jadi buah yang pecah diasingkan untuk dijadikan tempoyak, manakala durian yang elok dijual secara lelong atau dibungkus dalam tawaran khas Happy Hour, seperti satu plastik penuh pada harga RM25 atau sebiji RM1,” katanya kepada Bernama.

Turut mempromosikan jualan harga runtuh secara langsung di platform Facebook, beliau berkata meskipun durian dijual pada harga murah, keuntungan masih diperoleh kerana kuantiti jualan tinggi.

Akmal Hakim berkata bagi memenuhi permintaan peminat raja buah itu, kedainya beroperasi setiap hari bermula 8 pagi hingga 12 tengah malam sepanjang musim durian, dengan hujung minggu dan selepas masa bekerja menjadi waktu paling ramai pelanggan datang membeli durian.

“Selain durian, kami juga ada menjual pelbagai jenis buah-buahan seperti rambutan, langsat dan dabai yang turut ditawarkan harga istimewa mengikut waktu…untuk dabai boleh mencecah RM8 sekilogram sewaktu happy hour,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan Bernama mendapati pelanggan dan pelancong tidak melepaskan peluang memborong durian yang dijual pada harga runtuh.

Pasangan adik-beradik, Atikah Morni, 26, dan Kamariah Morni, 21, yang berasal dari Kuching berkata mereka memilih untuk membeli durian di kedai itu, selepas tertarik dengan promosi harga runtuh yang dipaparkan di media sosial.

“Kalau musim durian memang kami akan datang beli sini setiap tahun, kerana harga sangat murah dan berpatutan. Kali ini kami datang memilih durian berharga RM3 dan RM8,” kata Atikah.

Sementara itu, Charles Chua, 44, berkongsi pengalaman melancong ke Kuching bersama keluarga bakal isterinya yang berasal dari Kalimantan Barat, Indonesia untuk merasai sendiri kemeriahan musim durian di Sarawak.

“Saya beli tiga biji dengan harga RM24, memang murah dan berbaloi. Durian di Sarawak memang nyaman (sedap) jadi saya beli untuk sokong produk durian tempatan,” katanya yang berasal dari Sibu.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok