• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Penganalisis Ekonomi Madeline Berma Meninggal Dunia
30 December 2025 | 08:45 PM

Penganalisis Ekonomi Madeline Berma Meninggal Dunia

KUCHING, 30 Dis (Bernama) - Penganalisis ekonomi Prof Datuk Dr Madeline Berma meninggal dunia pada usia 67 tahun di kediamannya di Bandar Baru Bangi, 11.30 pagi tadi.

Perkara itu disahkan anak buah mendiang, Basil Cliffton Calvert ketika dihubungi Bernama hari ini.

Calvert turut memaklumkan bahawa jasad mendiang akan dibawa pulang ke Kampung Siol Kandis, Kuching untuk urusan pengebumian.

“Perkara ini masih dalam perbincangan namun sekiranya semuanya berjalan lancar, kemungkinan jasad mendiang akan dibawa pulang esok,” katanya.

Menurut Calvert, Berma menghidap penyakit buah pinggang dan sedang menjalani rawatan dialisis bagaimanapun punca kematian belum dipastikan.

Berma yang berasal dari Kuching merupakan tokoh ekonomi yang telah memberikan sumbangan besar dalam pembangunan ekonomi, bukan sahaja di Sarawak malah di peringkat nasional.

Beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Sarawak di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan merupakan orang Iban pertama memegang jawatan tersebut.

Berma juga ahli Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak (SEAC) yang dilantik oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Januari lepas bagi membantu perancangan ekonomi negeri.

Selain itu, beliau turut memegang beberapa jawatan perunding dan menganggotai jawatankuasa nasional kerajaan termasuk Majlis Penasihat Wanita serta pelbagai jawatankuasa perundingan dasar di peringkat Persekutuan.

Beliau juga dikenali sebagai penganalisis yang sering menjadi rujukan media untuk mendapatkan pandangan bernas dan analisis komprehensif mengenai isu ekonomi dan pembangunan.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok