KUCHING: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan tahap Waspada melibatkan beberapa kawasan di Sarawak susulan jangkaan hujan berpanjangan bermula Rabu hingga Khamis ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia, kawasan yang terjejas ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong. Hujan berterusan diramalkan berlaku dari Rabu, 31 Disember 2025 hingga Khamis, 1 Januari 2026.
Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan kejadian banjir kilat, tanah runtuh serta gangguan perjalanan, khususnya di kawasan rendah dan berhampiran sungai.
MetMalaysia turut menasihatkan penduduk untuk sentiasa memantau perkembangan cuaca terkini dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan sepanjang tempoh amaran berkuat kuasa.
Amaran itu dikeluarkan pada jam 12.30 tengah hari, 30 Disember 2025.
Sumber: MetMalaysia
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back