• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Sukan SEA 2025: Pasukan Wanita MLBB Malaysia Cipta Sejarah Raih Emas
18 December 2025 | 10:08 AM

Sukan SEA 2025: Pasukan Wanita MLBB Malaysia Cipta Sejarah Raih Emas

BANGKOK, 18 Dis - Pasukan e-sukan wanita negara mencipta detik bersejarah di Sukan SEA 2025 selepas menewaskan Filipina 4-3 dalam aksi final yang mendebarkan, sekali gus menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia bagi kategori Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).

Ketua jurulatih pasukan, Muhammad Farhan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Sora, menyifatkan kejayaan itu sebagai hasil gabungan strategi berkesan dan ketenangan pemain dalam situasi tekanan tinggi.

“Kemenangan ini datang daripada kemampuan pemain untuk cepat ‘reset’ selepas kekalahan. Mereka kekal tenang, berkeyakinan dan tidak mudah goyah walaupun berdepan tekanan,” katanya ketika ditemui TVS di Sala Phra Kieo, Universiti Chulalongkorn, Rabu.

Beliau turut menegaskan peranan motivasi dan fokus berterusan sebagai kunci kejayaan pasukan dalam perlawanan final tersebut.

Salah seorang tonggak utama pasukan, Afrina Balqis Ibdhi Har Ali atau Rina, meluahkan rasa syukur atas kejayaan bersejarah itu dan mengakui ia hasil pengorbanan serta usaha keras seluruh pasukan.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kepada Allah atas kemenangan ini. Kami bekerja keras dan melalui banyak pengorbanan untuk sampai ke tahap ini,” katanya.

Menurut Rina, keupayaan pasukan untuk bangkit selepas setiap kekalahan menjadi faktor penting dalam memastikan mereka kekal kompetitif hingga ke perlawanan terakhir.

“Kami sentiasa mengambil masa untuk ‘reset’ dan kembali memberikan permainan terbaik, terutamanya untuk para peminat yang menyokong kami,” jelasnya.

Sementara itu, pasukan MLBB lelaki negara terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas 0-4 kepada Filipina dalam aksi final.

Kapten pasukan, Idreen Abdul Jamal atau Momo, mengakui kecewa dengan keputusan tersebut namun tetap berbangga dengan komitmen dan pencapaian rakan sepasukan.

“Sudah tentu saya sedih kerana sekali lagi meraih perak, tetapi saya tetap bangga dengan pasukan. Ini adalah hasil kerja keras kami bersama,” katanya.

Momo turut mengulas mengenai beberapa kesilapan yang memberi ruang kepada lawan untuk bangkit, khususnya dalam perlawanan ketiga.

“Kami menguasai permainan dari awal hingga pertengahan, tetapi kesilapan kecil memberi kelebihan kepada Filipina,” ujarnya.

Walaupun tidak berjaya meraih emas, beliau bertekad untuk terus memperbaiki prestasi pasukan dan tampil lebih kuat dalam kejohanan akan datang.

Kejayaan meraih pingat emas oleh pasukan wanita dan perak oleh pasukan lelaki membuktikan perkembangan pesat e-sukan Malaysia, sekali gus mengukuhkan kedudukan negara di pentas antarabangsa.

Sumber: TVS

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok