• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Rosman Razak Terus ‘Magis’ di Sukan SEA, Tamatkan Kemarau Emas Beregu Wanita Malaysia
15 December 2025 | 05:05 PM

Rosman Razak Terus ‘Magis’ di Sukan SEA, Tamatkan Kemarau Emas Beregu Wanita Malaysia

BANGKOK: Sentuhan ketua jurulatih beregu wanita kebangsaan, Rosman Razak, sekali lagi membawa tuah buat Malaysia apabila gandingan Pearly Tan–M Thinaah menghadiahkan pingat emas beregu wanita di Sukan SEA Thailand, menamatkan penantian selama 10 tahun negara dalam acara itu.

Kejayaan di Gimnasium Universiti Thammasat, Rangsit, bukan sahaja menjadi satu-satunya emas badminton Malaysia pada edisi kali ini, malah mengukuhkan reputasi Rosman sebagai jurulatih yang konsisten mencipta kejayaan di pentas dwitahunan tersebut.

Lebih bermakna, ini merupakan emas Sukan SEA ketiga buat beregu wanita di bawah bimbingan Rosman, selepas kejayaan Vivian Hoo–Woon Khe Wei di Myanmar 2013 dan Amelia Alicia Anscelly–Soong Fie Cho di Singapura 2015, sebelum kesinambungan itu diteruskan oleh Pearly–Thinaah di Bangkok.

Rosman menyifatkan Sukan SEA sebagai kejohanan yang membawa makna dan emosi tersendiri kerana ia melibatkan maruah negara.

“Sukan SEA sentiasa berkait dengan negara, bukan seperti kejohanan biasa. Perasaannya berbeza dan sukar digambarkan. Ia tentang rasa menjadi rakyat Malaysia,” katanya.

Corak kejayaan yang sama jelas kelihatan apabila setiap pasangan bimbingannya tampil kental dari segi mental, khususnya dalam perlawanan akhir. Pearly–Thinaah membuktikan keupayaan itu apabila bertarung selama 86 minit sebelum menewaskan pasangan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma–Meilysa Trias Puspitasari, 21-16, 19-21, 21-17.

Mengalihkan fokus ke kejohanan seterusnya, Rosman menegaskan Pearly–Thinaah tidak boleh mengelak daripada sasaran tinggi menjelang Pusingan Akhir Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China, dari 17 hingga 21 Disember ini.

Menurutnya, status sebagai pasangan ranking kedua dunia menuntut mereka mengekalkan prestasi terbaik tanpa mengira kejohanan atau jadual perlawanan.

“Apabila Pearly dan Thinaah turun beraksi, mereka perlu memberikan prestasi terbaik. Sasaran tinggi itu tidak boleh dielakkan,” katanya.

Rosman turut menolak alasan keletihan atau gangguan fokus selepas Sukan SEA, sambil menegaskan komitmen penuh diperlukan dalam setiap kejohanan.

“Tiada alasan sama ada bermain Sukan SEA atau Jelajah Dunia. Setiap kejohanan perlu dihadapi dengan komitmen penuh,” katanya.

Bagaimanapun, Rosman menegaskan keutamaannya sebagai jurulatih adalah memastikan pemain memberikan usaha maksimum, manakala keputusan akhir diserahkan kepada ketentuan Ilahi.

“Jika usaha terbaik sudah diberikan dalam latihan dan pertandingan, saya tetap berpuas hati dengan apa juga keputusan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok