• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Sukan SEA 2025: Miki Ghazali Mara ke Separuh Akhir Muay Thai SEA Games 2025, Sasar Pingat Emas
15 December 2025 | 04:43 PM

Sukan SEA 2025: Miki Ghazali Mara ke Separuh Akhir Muay Thai SEA Games 2025, Sasar Pingat Emas

BANGKOK, 15 Dis - Atlet muda negara, Mohd Mikail Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Miki Ghazali, mengesahkan tempat ke separuh akhir acara muay thai lelaki 57 kilogram (kg) Sukan SEA 2025 selepas menewaskan lawannya pada aksi suku akhir.

Kemenangan tersebut meletakkan Miki selangkah lebih dekat dengan sasaran utama beliau iaitu pingat emas buat negara.

Menurut abangnya, Johan “Jojo” Ghazali, persiapan Miki bagi kejohanan ini dilakukan dengan sangat rapi dan penuh komitmen, termasuk menjalani latihan intensif di Rentap Muay Thai Gym bersama barisan jurulatih sendiri.

“Untuk atlet lain saya tidak begitu pasti, tetapi bagi Miki, persiapannya memang 100 peratus. Saya tahu bagaimana dia berlatih dan tahap kesungguhannya,” katanya ketika ditemui media di Stadium Tinju Lumpinee, Ahad lalu.

Jojo turut memaklumkan bahawa Miki kini berada pada tahap prestasi terbaik untuk menghadapi cabaran seterusnya, walaupun mengakui kategori 57kg menampilkan ramai pencabar kuat.

“Thailand, Laos dan Vietnam antara negara yang mempunyai petarung hebat. Namun Miki sudah bersedia dan yakin dengan kemampuannya,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Jojo menekankan kepentingan sokongan rakyat Malaysia, khususnya dari Sarawak, sebagai pembakar semangat buat Miki.

“Terima kasih kepada semua penyokong muay thai, peminat Miki dan rakyat Malaysia. Sasaran kami adalah emas dan kami akan terus berjuang untuk mengharumkan nama negara,” katanya.

Pada kesempatan sama, Jojo turut memaklumkan mengenai penganjuran Rentap Fighting Championship yang dijadual berlangsung pada 18 Januari 2026, sambil menjemput peminat sukan tempur di Kuching untuk hadir menyaksikan aksi pertarungan yang bakal ditampilkan.

Sumber: TVS

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok