• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Liverpool Sasar Penyerang Muda Yan Diomande Sebagai Calon Pengganti Salah
11 December 2025 | 11:44 AM

Liverpool Sasar Penyerang Muda Yan Diomande Sebagai Calon Pengganti Salah

Liverpool dilaporkan sedang memantau bintang muda Red Bull Leipzig, Yan Diomande, sebagai langkah menghadapi kemungkinan kehilangan Mohamed Salah.

Penyerang kanan berusia 18 tahun dari Ivory Coast itu mencuri tumpuan selepas meledak hatrik ketika Leipzig menumpaskan Eintracht Frankfurt dalam aksi Bundesliga baru-baru ini. Kehebatan Diomande turut disaksikan oleh Ketua Eksekutif Liverpool, Michael Edwards, dan ketua perisikan kelab, Barry Hunter, menimbulkan spekulasi bahawa juara EPL itu mungkin sudah menemui calon pengganti Salah.

Salah dikatakan semakin menjauh selepas meluahkan kekecewaan kerana sering diletakkan di bangku simpanan, namun mendapatkan Diomande bukan perkara mudah. Dengan kontrak hingga 2030, Leipzig dijangka meminta bayaran sekitar €100 juta (RM478.57 juta) untuk pemain muda itu.

Sumber juga menyatakan perpindahan itu tidak mungkin berlaku dalam jendela Januari memandangkan Diomande baru menyertai Leipzig dari Leganes dengan nilai €20 juta (RM95.71 juta) pada Julai lalu. Leipzig juga dijangka enggan melepaskan pemain itu awal kerana pasukan masih memerlukan beliau untuk Liga Juara-Juara Eropah, apatah lagi selepas kehilangan beberapa tonggak utama musim lalu seperti Benjamin Sesko dan Xavi Simons.

Selain Liverpool, beberapa kelab gergasi Eropah seperti Manchester City, Arsenal, Tottenham Hotspur, Real Madrid, Barcelona, Paris Saint-Germain dan Atletico Madrid turut dikaitkan dengan Diomande.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok