• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Sukan SEA 2025: Skuad Badminton Lelaki Negara Mara ke Separuh Akhir, Bakal Uji Keampuhan Thailand
08 December 2025 | 11:54 AM

Sukan SEA 2025: Skuad Badminton Lelaki Negara Mara ke Separuh Akhir, Bakal Uji Keampuhan Thailand

KUALA LUMPUR – Skuad badminton lelaki negara mara ke separuh akhir acara berpasukan Sukan SEA 2025 dengan bergaya selepas menundukkan Filipina 3-0 pada aksi suku akhir yang berlangsung di Gimnasium Thammasat Rangsit, hari ini.

Malaysia memperoleh mata pertama menerusi perseorangan utama, Leong Jun Hao, yang tidak berdepan kesukaran untuk menewaskan lawannya, Jewel Angelo Albo, dengan keputusan 21-17, 21-18.

Langkah strategik kejurulatihan untuk menurunkan gandingan baharu, Man Wei Chong–Soh Wooi Yik, turut membuahkan hasil apabila pasangan negara itu mencatat kemenangan meyakinkan 21-10, 21-12 ke atas beregu Filipina, Solomon Jr Padiz–Julius Villarbrille, sekali gus menghadiahkan mata kedua.

Kemenangan mutlak Malaysia disahkan selepas perseorangan kedua, Justin Hoh, menampilkan permainan tenang untuk menundukkan Clarence Villaflor dalam perlawanan sengit 21-18, 21-19, menjadikan keputusan akhir 3-0.

Dengan kemenangan tersebut, Malaysia bakal berdepan tuan rumah, Thailand, yang turut melangkah ke separuh akhir setelah menewaskan Myanmar 3-0.

Aksi separuh akhir bukan sahaja menjamin sekurang-kurangnya pingat gangsa buat skuad negara, malah dilihat sebagai ujian sebenar dalam misi menamatkan penantian 20 tahun untuk meraih pingat emas berpasukan lelaki, kali terakhir dicapai pada Sukan SEA 2005 di Filipina.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok