• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Israel Disahkan Sertai Eurovision, Beberapa Negara Eropah Tarik Diri
05 December 2025 | 11:53 AM

Israel Disahkan Sertai Eurovision, Beberapa Negara Eropah Tarik Diri

BRUSSELS, 5 Dis (Bernama-Anadolu) – Pengesahan bahawa Israel akan menyertai Pertandingan Lagu Eurovision 2026 pada Khamis mencetuskan kecaman segera, dengan beberapa penyiar nasional mengumumkan penarikan diri mereka, lapor Anadolu Ajansi.

Pada Perhimpunan Agung Kesatuan Penyiaran Eropah (EBU) di Geneva, majoriti ahli mengundi untuk membenarkan penyiar Israel KAN bertanding dalam pertandingan tahun depan yang dijadualkan berlangsung di Vienna, Austria.

Susulan keputusan itu, Sepanyol mengumumkan tidak akan mengambil bahagian dalam Eurovision 2026 serta tidak akan menyiarkan pertandingan itu, dengan alasan campur tangan politik dan dakwaan Israel menggunakan pertandingan itu bagi “tujuan politik”.

“Situasi di Semenanjung Gaza, meskipun terdapat gencatan senjata dan kelulusan proses damai, serta penggunaan pertandingan ini untuk tujuan politik oleh Israel, menjadikan semakin sukar untuk mengekalkan Eurovision sebagai acara budaya neutral,” kata Setiausaha Agung RTVE Alfonso Morales dalam satu kenyataan.

Penyiar Belanda AVROTROS turut mengesahkan penarikan diri, dengan menyatakan bahawa penyertaan Israel, ditambah pula dengan situasi kemanusiaan di Semenanjung Gaza dan sekatan terhadap kebebasan media, bercanggah dengan nilai teras organisasi itu.

Penyiar Ireland RTE juga mengumumkan tidak akan mengambil bahagian atau menyiarkan pertandingan itu, dengan alasan krisis kemanusiaan berterusan di Semenanjung Gaza dan serangan yang disasarkan terhadap wartawan adalah bercanggah dengan prinsip penyiar berkenaan.

“RTE berpendapat Ireland tidak patut menyertainya  memandangkan kehilangan nyawa yang begitu mengerikan di Semenanjung Gaza dan krisis kemanusiaan yang terus mengancam nyawa begitu ramai orang awam,” menurut kenyataan itu.

RTV Slovenia juga tidak akan menyertai pertandingan berkenaan, menurut Pengerusinya Natalija Gorscak. “Mesej kami ialah: kami tidak akan mengambil bahagian dalam ESC jika Israel ada di sana. Bagi pihak 20,000 kanak-kanak yang terkorban di Semenanjung Gaza,” katanya.

Penyiar Flemish Belgium VRT mengumumkan ia akan menyiarkan Eurovision 2026, manakala penyiar berbahasa Perancis Belgium RTBF, yang dijadualkan menghantar peserta ke Eurovision tahun ini, masih belum menyatakan pendiriannya.

Lembaga pengarah RUV, penyiar nasional Iceland, dijangka membincangkan sama ada untuk mengambil bahagian dalam Eurovision susulan penyertaan Israel.

Sumber: BERNAMA-ANADOLU

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok