• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Hujan Berterusan Dijangka Landa Beberapa Negeri Mulai 5 Hingga 8 Dis - MetMalaysia
03 December 2025 | 04:49 PM

Hujan Berterusan Dijangka Landa Beberapa Negeri Mulai 5 Hingga 8 Dis - MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak dan Sabah dari 5 hingga 8 Dis ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata hujan berterusan dijangka berlaku di Sabah melibatkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat dari 5 hingga 6 Dis.

Beliau berkata hujan berterusan turut dijangka berlaku dari 6 hingga 7 Dis di Kelantan membabitkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, seluruh Terengganu serta Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin).

“Pada 7 dan 8 Dis, hujan berterusan diramal berlaku di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor manakala Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong) , Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau menerusi platfom media sosial jabatan itu, selain menghubungi talian hotline1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok