• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Lebih 400 Masih Hilang dalam Bencana Banjir di Indonesia
01 December 2025 | 01:24 PM

Lebih 400 Masih Hilang dalam Bencana Banjir di Indonesia

JAKARTA - Pasukan mencari dan menyelamat di Indonesia giat meneruskan operasi bagi mengesan lebih 400 individu yang masih dilaporkan hilang selepas bencana banjir besar melanda pulau Sumatera hampir seminggu lalu.

Menurut laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC), hujan lebat berterusan telah mencetuskan banjir dan tanah runtuh yang mengakibatkan banyak kawasan lumpuh serta penduduk terperangkap dalam timbunan lumpur dan runtuhan.

Agensi Pengurusan Bencana Negara memaklumkan bahawa angka korban meningkat kepada 442 orang, manakala 402 lagi masih hilang. Sekurang-kurangnya 646 individu turut mengalami kecederaan.

Beberapa kawasan yang terjejas teruk masih sukar diakses, menyebabkan ribuan penduduk terkandas tanpa bekalan makanan, air bersih dan keperluan asas lain. Bantuan dari udara serta laut sedang disalurkan, namun terdapat kampung yang belum menerima sebarang bantuan sehingga kini.

Terdapat laporan menyatakan sebahagian mangsa terpaksa mendapatkan makanan dan air secara kecemasan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Penduduk tempatan memaklumkan kepada AFP bahawa jalan raya masih belum dibersihkan dan operasi bantuan luar masih belum tiba di beberapa kawasan.

“Sebilangan besar penduduk kampung memilih untuk kekal di sini. Mereka enggan meninggalkan rumah masing-masing,” kata seorang penduduk bernama Idris, 55 tahun.

Dalam kejadian itu, seekor gajah Sumatera yang diancam kepupusan turut ditemui mati tertimbus dalam lumpur dan runtuhan di bandar Meureudu.

Ribut Senyar dikenal pasti sebagai punca utama bencana tersebut yang menyebabkan rumah hanyut dibawa arus dan ribuan bangunan dinaiki air di Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat.

Ketua agensi berkenaan, Suharyanto berkata, Tapanuli Tengah dan Sibolga merupakan kawasan yang memerlukan perhatian segera kerana masih terputus hubungan. Sebuah kapal bantuan dijangka tiba di Sibolga pada hari ini.

Sebahagian bantuan kemanusiaan antarabangsa telah tiba, termasuk dari Malaysia yang menghulurkan bekalan perubatan ke Aceh, antara wilayah paling teruk terjejas.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok