KUCHING, 26 Nov (Bernama) - Sebanyak 18 sekolah di Sarawak telah dilengkapi sistem Televisyen Litar Tertutup (CCTV), persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Francis Harden Hollis berkata Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) menerima peruntukan RM270,000 bagi pemasangan sistem CCTV di sekolah berkenaan dengan setiap sekolah menerima RM15,000.
“JPNS akan mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mendapatkan peruntukan kewangan tambahan bagi pemerolehan dan peluasan pemasangan CCTV.
“Inisiatif itu bertujuan meningkatkan keselamatan serta sistem pemantauan di sekolah-sekolah bawah bidang kuasa JPNS,” katanya.
Beliau menjawab soalan Adam Yii Siew Sang (GPS-Pujut) yang ingin tahu jumlah peruntukan yang telah disalurkan dan bilangan sekolah di Sarawak yang terlibat dalam inisiatif pemasangan CCTV berkenaan.
Sumber: BERNAMA
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back