• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

FIFA: Lima Pemain Terima Pasport Malaysia Pada Hari Sama Permohonan Dibuat
21 November 2025 | 01:12 PM

FIFA: Lima Pemain Terima Pasport Malaysia Pada Hari Sama Permohonan Dibuat

KUALA LUMPUR - Lima daripada tujuh pemain yang terlibat dalam isu pemalsuan dokumen didapati menerima pasport Malaysia mereka pada hari yang sama permohonan dibuat, menurut laporan penuh keputusan Jawatankuasa Rayuan FIFA.

Perkara itu dinyatakan dalam dokumen alasan sepanjang 64 muka surat yang dikeluarkan badan induk bola sepak dunia itu susulan keputusan pada 3 November lalu, yang menolak rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain berkenaan.

Pada muka surat tujuh laporan tersebut, FIFA menyenaraikan tarikh permohonan pasport Malaysia yang dikemukakan oleh semua pemain terbabit. Permohonan Gabriel Palmero direkodkan pada 17 Mac, disusuli Hector Hevel pada 18 Mac. Facundo Garces pula memohon pada 1 Jun, manakala Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo dan Jon Irazabal masing-masing pada 3 Jun.

Namun, muka surat seterusnya mendedahkan sesuatu yang mengejutkan lima pemain menerima kelulusan pasport mereka pada hari yang sama permohonan dibuat. Hevel memperoleh pasport bertarikh 18 Mac, sementara Holgado, Machuca, Figueiredo dan Irazabal semuanya menerima pasport bertarikh 3 Jun.

Dua pemain lain turut menerima dokumen mereka dalam tempoh luar biasa singkat. Palmero mendapat pasport sehari selepas memohon, iaitu pada 18 Mac, manakala Garces menerimanya dua hari kemudian pada 3 Jun.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok