• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Pearly–Thinaah Tarik Diri dari Terbuka Australia, Fokus Misi Lebih Besar Hujung Tahun
18 November 2025 | 11:34 AM

Pearly–Thinaah Tarik Diri dari Terbuka Australia, Fokus Misi Lebih Besar Hujung Tahun

Pemenang Kumamoto Masters 2024, Pearly Tan–M. Thinaah, memilih untuk menarik diri daripada kejohanan Terbuka Australia yang bermula hari ini bagi memberi tumpuan penuh kepada dua tugasan utama di hujung tahun.

Keputusan itu dibuat hanya sehari selepas mereka mencipta sejarah sebagai beregu wanita Malaysia pertama menjuarai Kumamoto Masters. Menurut Thinaah, kemenangan ke atas pasangan Jepun, Rin Iwanaga–Kie Nakanishi, menjadi suntikan moral penting namun mereka sedar masih banyak aspek permainan perlu dipertingkatkan untuk kekal bersaing di peringkat tertinggi.

“Kami sangat gembira dengan kemenangan ini, tetapi masih banyak perkara yang perlu kami pelajari dan perbaiki,” kata Thinaah yang menegaskan disiplin serta fokus akan menjadi keutamaan menjelang kejohanan-kejohanan besar seterusnya.

Beliau berkata kejayaan di Jepun adalah hasil kerja keras berbulan-bulan dan bukti kemampuan mereka bangkit dalam situasi mencabar. Namun, mereka enggan terlalu leka dengan pencapaian tersebut.

“Sekarang kami meraikan detik ini, tetapi tetap berpijak di bumi nyata dan fokus pada tugas seterusnya,” katanya.

Ketua jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak, mengesahkan penarikan diri itu dan menjelaskan langkah tersebut adalah strategi jangka pendek menjelang Sukan SEA di Thailand dan Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou dari 17 hingga 21 Disember.

Menurut Rosman, jadual yang padat mampu meningkatkan risiko kecederaan, maka keputusan untuk berehat daripada Terbuka Australia memberi peluang buat Pearly–Thinaah mempersiapkan diri dengan lebih mantap untuk dua kejohanan penutup musim.

Kejayaan Kumamoto Masters menandakan gelaran ketiga mereka musim ini selepas memenangi Terbuka Thailand dan Terbuka Artik, namun fokus utama kini adalah memastikan Malaysia terus memiliki sandaran kukuh di dua pentas penting itu.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok