PETALING JAYA – Detik cemas tercetus apabila sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berhempas pulas menangkap seekor ular sawa bersaiz besar yang dipercayai masuk ke sebuah rumah, sekali gus mengundang rasa ngeri dalam kalangan pengguna media sosial.
Menerusi sebuah video yang tular, anggota APM dilihat menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan reptilia itu yang bersembunyi di bahagian siling tandas rumah tersebut.
Klip tersebut meraih pelbagai reaksi warganet, kebanyakannya terkejut dengan saiz ular berkenaan.
“Ya Allah, besarnya ular. Dah macam anaconda,” ujar seorang pengguna, Fatiha.
“Fobia nak mandi dalam tu lagi dah. Kena periksa betul-betul, takut ada anak-anak dia pula,” tulis Amirul Rizal.
“Besar macam ni, budak pun dia boleh telan,” komen Khairul Padli.
Sumber: Kosmo Online!
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back