LIVERPOOL - Kapten Liverpool, Virgil van Dijk menegaskan pasukannya masih belum berputus asa dalam usaha mempertahankan cabaran di Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, meskipun berdepan prestasi tidak menentu.
Selepas kekalahan 0-3 kepada Manchester City di Etihad awal pagi kelmarin – yang merupakan kekalahan kelima mereka musim ini – Liverpool kini menghuni tangga kelapan liga dengan hanya 18 mata.
Namun, Van Dijk tetap optimis bahawa The Reds masih mampu bersaing dengan Arsenal dan City dalam perebutan trofi.
“Kami perlu mencari tahap konsisten dan mengekalkannya. Selepas tugasan antarabangsa, kami akan kembali dengan keyakinan baharu,” katanya.
“Kami tidak akan mengaku kalah. Musim masih panjang dan kami bersedia untuk pertarungan lebih hebat.”
Sementara itu, bekas pertahanan Liverpool yang kini pengulas sukan, Jamie Carragher, menyalahkan Ibrahima Konate sebagai antara punca utama kekalahan kepada City.
“Saya tidak faham apa yang dia cuba lakukan. Hampir setiap kali Liverpool berdepan masalah di benteng, Konate berada di situ. Ia terlalu kerap berlaku musim ini,” kata Carragher.
Sumber: Kosmo Online
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back