• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Cristiano Ronaldo Sahkan Piala Dunia 2026 Jadi Pentas Terakhir
12 November 2025 | 11:43 AM

Cristiano Ronaldo Sahkan Piala Dunia 2026 Jadi Pentas Terakhir

RIYADH, 12 Nov - Bintang sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 bakal menjadi penampilan terakhirnya di kejohanan bola sepak paling berprestij dunia menandakan penghujung kepada karier luar biasanya dalam sukan itu.

Penyerang berusia 40 tahun yang kini beraksi bersama Al Nassr di Arab Saudi, sudah mengumpul lebih 950 gol di peringkat kelab dan antarabangsa. Ronaldo turut mendedahkan bahawa dia dijangka menggantung but dalam tempoh satu hingga dua tahun lagi.

“Sudah tentu, ya. Piala Dunia 2026 akan menjadi yang terakhir buat saya. Saya akan berusia 41 tahun ketika itu dan saya fikir itulah waktunya,” katanya dalam satu temu bual baru-baru ini.

Ronaldo juga menjelaskan maksud kenyataannya sebelum ini yang mengatakan beliau akan bersara “tidak lama lagi”.

“Apabila saya berkata ‘tidak lama lagi’, ia bermaksud satu atau dua tahun lagi saya masih akan terus bermain,” jelas pemenang lima kali Ballon d’Or itu.

Ronaldo berharap dapat menyertai Piala Dunia buat kali keenam tahun depan, satu pencapaian luar biasa dalam sejarah bola sepak antarabangsa.

Beliau hampir menjulang trofi berprestij itu pada penampilan sulungnya pada 2006, namun Portugal tewas kepada Perancis di separuh akhir.

Portugal ketika ini masih dalam proses memburu tiket kelayakan ke Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, dan dijangka mengesahkan tempat sekiranya menewaskan Ireland pada perlawanan Khamis ini.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok