• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Jambatan Baru di Sichuan Runtuh, Tiada Kematian Dilaporkan
12 November 2025 | 11:17 AM

Jambatan Baru di Sichuan Runtuh, Tiada Kematian Dilaporkan

BEIJING, 12 Nov - Sebahagian daripada jambatan yang baru dibuka di wilayah Sichuan, barat daya China, runtuh pada Selasa, menurut laporan pihak berkuasa tempatan.

Jambatan Hongqi sepanjang 758 meter itu, yang terletak di lebuh raya nasional menghubungkan kawasan tengah China dengan Tibet, ditutup kepada semua kenderaan pada petang Isnin selepas polis di bandar Maerkang mengesan retakan pada cerun dan jalan berhampiran.

Kerajaan tempatan memaklumkan, pergerakan tanah di kawasan pergunungan berhampiran menyebabkan situasi semakin meruncing pada petang Selasa. Tanah runtuh yang berlaku kemudian menyebabkan sebahagian struktur jambatan dan jalan pendekatan runtuh.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut video yang dimuat naik kontraktor projek, Sichuan Road & Bridge Group, pembinaan jambatan berkenaan telah disiapkan awal tahun ini.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok