• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Hampir 3 Juta Isi Rumah Terputus Bekalan Elektrik Di Filipina Akibat Taufan Fung-Wong
11 November 2025 | 11:10 AM

Hampir 3 Juta Isi Rumah Terputus Bekalan Elektrik Di Filipina Akibat Taufan Fung-Wong

MOSCOW, 10 Nov (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) - Taufan Fung-Wong telah menyebabkan hampir tiga juta isi rumah di Filipina terputus bekalan elektrik serta merosakkan lebih 30 jalan raya ketika pihak berkuasa bergegas memulihkan tenaga dan membersihkan sisa runtuhan, menurut Pentadbiran Elektrifikasi Nasional Filipina (NEA) pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Sebanyak 2,931,220 ahli-pengguna-pemilik sedang menunggu pemulihan perkhidmatan elektrik selepas taufan melanda,” menurut kenyataan agensi itu di media sosial.

Taufan berkuasa tinggi itu melanda bahagian timur laut Filipina pada Ahad, mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang dan mengakibatkan kira-kira 1.4 juta penduduk dipindahkan.

Menurut NEA, sekurang-kurangnya 20 syarikat utiliti elektrik di 12 wilayah terjejas telah mengisytiharkan gangguan bekalan elektrik sepenuhnya.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya dan Lebuhraya Filipina melaporkan kerosakan pada 31 jajaran jalan raya di lapan wilayah. Semua sumber yang ada telah digerakkan di seluruh negara bagi membersihkan dan membaiki infrastruktur terjejas.

Susulan taufan itu, Presiden Ferdinand Marcos Jr. mengarahkan agensi kerajaan memberi keutamaan kepada pemindahan penduduk, bantuan perubatan, pembersihan sisa runtuhan serta kerja pembinaan semula jalan raya, menurut kenyataan jurucakap beliau, Claire Castro.

Pentadbiran Meteorologi China turut menggesa penduduk supaya bersedia untuk kemungkinan pemindahan dan menyediakan kit kecemasan menjelang ketibaan Taufan Fung-Wong. Tindakan balas kecemasan Tahap 3 - iaitu tahap kedua tertinggi - telah diaktifkan.

Sumber: BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok