• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Manchester United Terus Gagal Raih Kemenangan, Amorim Kecewa Pemain Terlalu Selesa
10 November 2025 | 11:44 AM

Manchester United Terus Gagal Raih Kemenangan, Amorim Kecewa Pemain Terlalu Selesa

LONDON - Manchester United sekali lagi gagal memanfaatkan peluang penuh selepas sekadar seri 2-2 menentang Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin.

Pengurus United, Ruben Amorim, meluahkan rasa kecewa terhadap sikap leka pemainnya yang disifatkan terlalu selesa sehingga membiarkan lawan bangkit dan menafikan tiga mata penting.

“Kami memang menunjukkan peningkatan, tetapi realitinya masih banyak perkara perlu diperbaiki. Untuk menjaringkan gol itu bagus, namun kami terlalu mudah berpuas hati,” katanya selepas perlawanan di London.

United sebelum ini turut mencatat keputusan sama ketika menentang Nottingham Forest minggu lalu — menjadikan ia seri kedua berturut-turut buat pasukan itu.

Dalam aksi kali ini, Bryan Mbuemo meletakkan United di depan sebelum Spurs membalas menerusi jaringan Mathys Tel dan Richarlison. Matthijs de Ligt kemudian menyelamatkan maruah The Red Devils dengan gol penyamaan pada babak kedua.

United terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas penyerang gantian, Benjamin Sesko, mengalami kecederaan ketika Amorim sudah menggunakan semua lima pertukaran.

Amorim menegaskan beliau tidak terlalu risau mengenai prestasi Sesko, sebaliknya lebih memberi tumpuan terhadap tahap kecederaan pemain itu.

“Kami perlu pastikan dia pulih segera kerana jadual selepas ini sangat padat,” tambahnya.

Sumber: Kosmo Online! 

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok