• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

TMJ Dakwa FIFA Jatuhkan Hukuman Bermotif Politik
04 November 2025 | 05:36 PM

TMJ Dakwa FIFA Jatuhkan Hukuman Bermotif Politik

KUALA LUMPUR, 4 Nov - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mendakwa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah menjatuhkan hukuman terhadap beberapa pemain tanpa berlandaskan peruntukan undang-undang yang sebenar.

Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) yang juga Pemangku Sultan Johor itu menyifatkan tindakan badan induk bola sepak dunia berkenaan sebagai tidak berasas dan berunsur politik.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor, baginda menegaskan sokongan penuh terhadap perjuangan tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang akan membawa kes tersebut ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

“FIFA terus menjatuhkan hukuman terhadap pemain tanpa menggunakan peruntukan sebenar undang-undang. Artikel 22 dalam kod FIFA jelas menyatakan bahawa hanya individu yang memalsukan atau menggunakan dokumen palsu boleh dikenakan tindakan, dan perkara ini tidak terpakai kepada pemain yang terlibat,” titah baginda.

“Dengan kata lain, hukuman yang dikenakan ini tidak berasaskan undang-undang dan lebih bersifat bermotif politik daripada sebab yang sebenar. Ada yang memilih untuk menuding jari, ada yang membuat bising, namun saya memilih untuk berdiri teguh dan menyokong perjuangan pemain habis-habisan, yang kini akan diteruskan ke CAS,” titah baginda lagi.

Semalam, Jawatankuasa Rayuan FIFA mengesahkan penolakan terhadap rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA pada September lalu.

Keputusan itu mengekalkan hukuman denda sebanyak 350,000 franc Swiss (RM1.8 juta) yang dikenakan terhadap FAM.

Sementara itu, tujuh pemain terbabit Gabriel Arrocha, Facundo Garcés, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, João Figueiredo, Jon Irazabal dan Héctor Hevel, masing-masing digantung selama 12 bulan serta dikenakan denda sebanyak 2,000 franc Swiss (kira-kira RM10,411).

FAM diberikan tempoh 10 hari untuk memohon keputusan bertulis dan selepas itu 21 hari bagi mengemukakan rayuan rasmi kepada CAS.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok