• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Liverpool Tersingkir Dari Piala Liga Selepas Tewas 0-3 Kepada Crystal Palace
30 October 2025 | 11:44 AM

Liverpool Tersingkir Dari Piala Liga Selepas Tewas 0-3 Kepada Crystal Palace

LIVERPOOL, 30 Okt - Harapan Liverpool untuk mara dalam saingan Piala Liga berakhir selepas tunduk 0-3 kepada Crystal Palace di Anfield, dalam perlawanan yang menyaksikan skuad bimbingan Arne Slot tampil dengan barisan kedua.

Dua jaringan daripada Ismaila Sarr dan satu lagi gol lewat Yeremy Pino memastikan kemaraan Palace ke suku akhir, sekali gus menambah derita Liverpool yang kini mencatat enam kekalahan dalam tujuh perlawanan terakhir di semua kejohanan.

Perlawanan bermula seimbang, namun kebuntuan terlerai pada minit ke-41 apabila bola hasil halangan Joe Gomez tertampan ke arah Sarr, yang pantas melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gol Freddie Woodman.

Dalam hujan lebat di Anfield, Palace menambah jaringan kedua sejurus sebelum rehat menerusi Sarr sekali lagi, kali ini selepas menerima hantaran cantik daripada Pino.

Keadaan bertambah sukar buat Liverpool apabila Amara Nallo dilayangkan kad merah pada minit ke-79 kerana menjatuhkan Justin Devenny kad merah kedua dalam hanya dua penampilan seniornya.

Palace menutup malam cemerlang mereka dengan gol ketiga menerusi Pino pada minit ke-88, sekaligus memastikan kemenangan bergaya buat pasukan kendalian Oliver Glasner.

Keputusan Lain Piala Liga: Arsenal, City dan Chelsea Mara

Dalam aksi lain pusingan keempat, Newcastle United menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 hasil jaringan Fabian Schar dan Nick Woltemade, sementara Arsenal menumpaskan Brighton & Hove Albion 2-0 menerusi sumbangan pemain muda 18 tahun, Ethan Nwaneri, dan Bukayo Saka.

Manchester City pula bangkit untuk menang 3-1 ke atas Swansea City, manakala Chelsea menewaskan Wolverhampton Wanderers 4-3 dalam perlawanan penuh dramatik di Stamford Bridge.

Chelsea mendahului 3-0 melalui Andrey Santos, Tyrique George, dan Estevao, namun hampir dikejutkan selepas Wolves bangkit dengan tiga jaringan lewat, dua daripadanya disumbangkan David Moller Wolfe selepas Tolu Arokodare mencetuskan kebangkitan.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok