• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Kuching City FC Leka Seketika, Tewas 2-1 Tapi Mara ke Separuh Akhir Piala FA
29 October 2025 | 01:29 PM

Kuching City FC Leka Seketika, Tewas 2-1 Tapi Mara ke Separuh Akhir Piala FA

KUCHING, 29 Okt — Sikap leka walau sesaat membawa padah kepada Kuching City FC apabila mereka tewas 2-1 kepada Terengganu FC dalam aksi timbal balik suku akhir Piala FA 2025 di Stadium Negeri, Petra Jaya, malam tadi.

Walaupun memiliki kelebihan agregat hasil kemenangan di tempat lawan sebelum ini, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak gagal mengekalkan fokus hingga membenarkan lawan menjaringkan dua gol mudah.

“Kita tahu Terengganu pasukan yang baik, tetapi dua gol yang kita bolos datang daripada kesilapan sendiri. Gol pertama berpunca daripada kurang fokus dan organisasi ketika sepakan sudut pantas mereka,” kata Aidil selepas perlawanan.

Jurulatih kelahiran Singapura itu mengakui kelekaan singkat mengubah rentak permainan dan menjadi pengajaran besar buat pasukannya.

“Kita tak boleh leka walaupun satu atau dua saat. Lawan akan hukum kita. Ini sesuatu yang perlu kita belajar,” tambahnya.

Meskipun tewas, The Cats tetap mara ke peringkat separuh akhir hasil kemenangan di Kuala Terengganu pada aksi pertama. Aidil menyifatkan pencapaian itu sebagai perkembangan positif buat pasukannya.

“Kita tidak kalah dalam enam perlawanan sebelum ini. Hari ini kita tewas, tetapi tetap layak ke separuh akhir, itu satu pencapaian yang baik,” jelasnya.

Kuching City bakal berdepan cabaran besar di separuh akhir apabila menentang juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT), yang menundukkan Penang FC dengan agregat 5-1.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok