• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Aidil Sharin tekankan kesiapsiagaan penuh menjelang aksi suku akhir kedua Piala FA
27 October 2025 | 06:14 PM

Aidil Sharin tekankan kesiapsiagaan penuh menjelang aksi suku akhir kedua Piala FA

KUCHING, 27 Okt — Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak menegaskan pentingnya seluruh pasukan berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi menjelang pertembungan suku akhir kedua Piala FA 2025 menentang Terengganu FC di Stadium Negeri, esok.

Meskipun memiliki kelebihan gol di tempat lawan, Aidil menegaskan skuad The Cats tidak boleh terlalu selesa dan perlu mengekalkan fokus serta momentum kemenangan.

“Selepas sesi pemulihan, baru kita akan lihat siapa yang cergas dan siapa yang tidak. Kita tidak mahu memaksa pemain kerana risiko kecederaan boleh berlaku dengan mudah,” katanya.

Jurulatih kelahiran Singapura itu turut memberi penekanan terhadap aspek pemulihan selepas aksi Liga Super menentang Penang FC dua hari lalu. Beliau mahu memastikan setiap pemain berada dalam keadaan segar dan bebas daripada kecederaan sebelum membuat keputusan mengenai kesebelasan utama.

Aidil turut mengingatkan pemain simpanan supaya sentiasa bersedia memberikan impak apabila dipanggil beraksi.

“Saya harap semua pemain, termasuk yang berada di bangku simpanan, sentiasa bersedia bila diperlukan. Mereka perlu tunjukkan kualiti sama seperti rakan sepasukan lain. Kalau hari ini tidak bermain, mereka perlu bersedia untuk aksi seterusnya,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok