• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Israel Kekal Kawalan Keselamatan di Gaza Walaupun Setuju Gencatan Senjata – Netanyahu
27 October 2025 | 05:55 PM

Israel Kekal Kawalan Keselamatan di Gaza Walaupun Setuju Gencatan Senjata – Netanyahu

BAITULMAQDIS, 27 Okt – Israel menegaskan akan terus mengekalkan kawalan keselamatan sepenuhnya di Semenanjung Gaza, meskipun bersetuju dengan gencatan senjata yang diselaraskan Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata negaranya akan menentukan sendiri bila dan di mana untuk bertindak terhadap musuh, serta negara mana yang dibenarkan menghantar pasukan keselamatan bagi melaksanakan gencatan senjata itu.

“Israel adalah negara merdeka. Kami akan mempertahankan diri dengan cara kami sendiri dan terus menentukan nasib kami.

Kami tidak memerlukan persetujuan sesiapa untuk hal ini,” katanya dalam mesyuarat Kabinet di Baitulmaqdis hari ini.

Mesir Hantar Pasukan Penyelamat ke Gaza

Dalam perkembangan lain, rakaman video AFP menunjukkan konvoi Mesir tiba di Gaza membawa pasukan penyelamat dan jentera berat bagi mempercepatkan usaha mencari baki tebusan Israel yang dilaporkan hilang di bawah runtuhan.

Lori pengangkut yang mengibarkan bendera Mesir dilihat membawa jentolak serta jentera pengorek menuju ke pusat bantuan Mesir di Al-Zawayda.

Jurucakap kerajaan Israel, Shosh Bedrosian, memaklumkan ketibaan pasukan Mesir itu diluluskan oleh Netanyahu.

“Ini hanyalah pasukan teknikal, tiada anggota tentera. Mereka dibenarkan melepasi ‘Garis Kuning’ Pasukan Pertahanan Israel (IDF) untuk menjalankan pencarian tebusan,” katanya.

AS Tegaskan Peranan Israel dalam Kawalan Keselamatan

Menurut syarat gencatan senjata yang dipersetujui AS, pasukan antarabangsa – dijangka terdiri daripada negara Arab atau Islam – sepatutnya mengawal keselamatan Gaza selepas tentera Israel berundur.

Namun, Israel menolak penglibatan Turkiye atau mana-mana negara yang dianggap pesaing serantau.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, yang menamatkan lawatan ke Tel Aviv, turut menegaskan bahawa Israel akan mempunyai kata putus dalam menentukan pasukan antarabangsa yang dibenarkan.

Bedrosian menambah bahawa Netanyahu menegaskan Israel akan mengekalkan kawalan keselamatan penuh di Gaza.

“Gaza akan dilucutkan senjata, dan Hamas tidak akan lagi memainkan peranan dalam pentadbiran rakyat Palestin,” ujarnya.

Israel Terus Lakukan Serangan Terhad

Walaupun tentera Israel telah berundur ke ‘garisan Kuning’, negara itu masih mengawal lebih separuh wilayah Gaza serta meluluskan semua konvoi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Netanyahu berkata, Israel telah mengebom Gaza dengan 150 tan peluru pada 19 Oktober selepas dua askar terbunuh, dan melancarkan satu lagi serangan pada Sabtu lalu terhadap seorang pejuang Palestin.

Sementara itu, AS dan sekutunya menubuhkan Pusat Penyelarasan Awam-Ketenteraan (CMCC) di selatan Israel bagi memantau pematuhan gencatan senjata, dengan beberapa pegawai tinggi pentadbiran Presiden Donald Trump ditempatkan di situ.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok