• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Ronaldo Cecah 950 Gol, Bantu Al-Nassr Kekal Rekod Sempurna
27 October 2025 | 05:40 PM

Ronaldo Cecah 950 Gol, Bantu Al-Nassr Kekal Rekod Sempurna

RIYADH: Cristiano Ronaldo terus membuktikan ketajamannya di pentas bola sepak apabila mencatat gol ke-950 dalam karier gemilangnya, membantu Al-Nassr meraih kemenangan 2-0 ke atas Al-Hazem dalam aksi Liga Pro Saudi, semalam.

Skuad bimbingan Jorge Jesus mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus musim ini dengan jaringan turut disumbangkan oleh Joao Felix, penjaring terbanyak liga ketika ini. Kemenangan itu menandakan enam kemenangan berturut-turut buat pasukan berpangkalan di Riyadh tersebut.

Dengan 21 gol dijaringkan dan hanya dua dibolosi selepas enam perlawanan, Al-Nassr kini mendahului carta liga dengan kelebihan tiga mata.

Pertemuan menentang Al-Hazem turut mempertemukan Ronaldo dengan dua rakan senegaranya — bekas penjaga gol Benfica Bruno Varela dan pemain tengah berpengalaman Fabio Martins.

Felix membuka tirai jaringan pada minit ke-25 menerusi tandukan bertenaga, menjadikannya sembilan gol musim ini. Ronaldo pula beberapa kali dinafikan oleh Varela sebelum akhirnya menjaringkan gol kedua pada minit ke-88 menerusi penyudah tenang di depan gawang.

Kejayaan itu menambah satu lagi detik bersejarah buat kapten Portugal tersebut, yang kini mencatat 950 gol sepanjang karier profesionalnya.

“Gembira dapat bantu pasukan menang dan mencapai 950 gol! Saya masih lapar untuk mencatat lebih banyak kejayaan,” tulis Ronaldo di media sosial selepas perlawanan.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok