• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Hakim Danish Disambar Pasukan MSi Racing, Sah Beraksi Penuh di Moto3 2026
26 October 2025 | 02:43 PM

Hakim Danish Disambar Pasukan MSi Racing, Sah Beraksi Penuh di Moto3 2026

SEPANG, 26 Okt – Pelumba muda sensasi negara, Hakim Danish Ramli, mencipta sejarah baharu apabila disahkan bakal beraksi sepenuh masa dalam kelas Moto3 Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim 2026 bersama pasukan MSi Racing Team.

Lebih manis, kontrak yang ditawarkan kepada pelumba berusia 18 tahun dari Terengganu itu merupakan kontrak profesional penuh tanpa memerlukan komitmen kewangan besar seperti yang lazimnya dikenakan kepada pelumba Asia lain.

Menurut Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, rundingan bersama MSi Racing berjalan lancar selepas pasukan itu menunjukkan minat mendalam terhadap prestasi konsisten Hakim Danish sepanjang musim ini.

“Kali ini, MSi menawarkan kontrak profesional sebenar kepada Hakim Danish. Mereka menyediakan gaji dan bonus sendiri, dan kami hanya menanggung beberapa kos kecil. Ia sangat berbeza daripada model biasa untuk pelumba Asia,” katanya.

Tambah Zulfahmi, tawaran tersebut hadir selepas kekosongan ditinggalkan oleh pelumba Sepanyol, Angel Piqueras, yang kini berada di kedudukan kedua kejuaraan dunia.

“Ramai pelumba lain mahukan tempat itu, jadi kami perlu membuat keputusan pantas. Hakim Danish akan menunggang jentera yang sama digunakan Piqueras satu kelebihan besar buatnya,” jelasnya.

Zulfahmi turut menyifatkan peluang tersebut sebagai impian yang menjadi kenyataan, bukan sahaja untuk Hakim Danish tetapi juga buat pasukan SIC yang telah lama membimbing bakat muda itu.

Musim depan, Hakim Danish akan menyertai 22 pusingan penuh dalam kejuaraan dunia, berbanding hanya tujuh pusingan tahun ini menerusi JuniorGP dan Red Bull Rookies Cup.

Beliau bakal bergandingan dengan pelumba Jepun, Ryusei Yamanaka, dalam MSi Racing Team yang terkenal dengan rekod cemerlang di Kejuaraan Dunia Moto3.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok